CUEPACS bantah jika Putrajaya mansuh kakitangan kontrak

CUEPACS bantah jika Putrajaya mansuh kakitangan kontrak

Isu penamatan jawatan kakitangan awam berstatus kontrak yang dikatakan akan ditamatkan pada Disember 2016 juga tidak seharusnya timbul.

datuk-azih-muda-cuepacs

PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantah sekiranya Putrajaya memansuhkan jawatan kakitangan awam berstatus kontrak.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, perkhidmatan itu perlu diteruskan bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik.

“CUEPACS akan membantah jika ia dilaksanakan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Rakyat memerlukan perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke masa,” ujarnya ketika dihubungi FMT.

Mengulas lanjut, Azih menyatakan isu penamatan jawatan kakitangan awam berstatus kontrak yang dikatakan akan ditamatkan pada Disember 2016 juga tidak seharusnya timbul, kerana jawatan kakitangan awam berstatus kontrak akhirnya akan disambung pada Januari.

“Itu proses biasa, setiap tahun akan keluar perjanjian baru. Oleh kerana perjanjian kontrak dibuat dari setahun ke setahun, akhirnya akan disambung semula. Itu bukan masalah, sebelum ini juga ada yang disambung. Tidak semudah itu untuk ditamatkan begitu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, sebuah media dalam talian, The Hype Media melapor dengan memetik sumber seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan bahawa kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.