Vida tetap pendirian kenakan dua syarat tajaan

Vida tetap pendirian kenakan dua syarat tajaan

Penukaran warna stadium itu bukannya suka-suka sebaliknya, mahu agar peminat melihat suasana penuh ceria.

dato-vida,trw

PETALING JAYA:
Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap dengan pendiriannya mahu mengenakan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung tajaan terhadap badan induk bola sepak negeri itu.

Memetik laporan laman portal Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu menegaskan, Kafa harus menerima dua syarat yang ditetapkan itu sebelum beliau bersetuju untuk menaja.

“Dua syarat itu adalah, Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan Pamoga Qu Puteh TRW.

“Berhubung warna stadium, saya bukan saja-saja nak tukar. Warna merah jambu dilihat menarik dan mungkin ada sedikit campuran warna putih pada luar dan dalam stadium. Kita mahu apabila peminat hadir ke stadium, mereka akan lihat suasana penuh ceria.

“Dan stadium itu nanti boleh jadi mercu tanda negeri Kelantan,” katanya.

Mengulas mengenai nama Pamoga Qu Puteh TRW sama ada digunakan hanya untuk jolokan pasukan Kelantan seperti Selangor yang menggunakan gelaran Red Giants, Hasmiza menjawab tidak.

“Nama itu meliputi kesemua setiap perlawanan dilalui dalam Liga Malaysia pasukan Kelantan termasuk Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia,” ujarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.