
REMBAU: Calon PN Rozmal Malakan berkata, beliau tidak akan melakukan mencemarkan karakter lawannya, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, dalam persaingan satu lawan satu di Rantau.
Rozmal yang juga timbalan Ketua PAS Rembau berkata, strategi pilihan rayanya adalah semata-mata mahu menambah baik kehidupan penduduk Rantau.
Sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya, jentera PN tempatan membina replika kereta kebal di Taman Sendayan Indah, yang menurut Rozmal bukan “menyasarkan” Mohamad, namun untuk membakar semangat penyokong.