Kejar ‘3 kerusi’ lagi tubuh kerajaan baharu Kedah, kata Mahfuz

Kejar ‘3 kerusi’ lagi tubuh kerajaan baharu Kedah, kata Mahfuz

Mahfuz Omar berkata tiga kerusi itu boleh menang dengan 'margin kecil' selepas mendakwa PN-BN sudah menguasai 16 kerusi untuk majoriti mudah.

PETALING JAYA:
PH-BN yakin mampu menang tiga kerusi dengan “margin kecil” sebagai tambahan kepada 16 kerusi bagi mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan Kedah, pada PRN 12 Ogos.

Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar, berkata jika PH-BN mendapat lebih daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ia merupakan satu bonus.

“Saya masih yakin 16 kerusi sudah dalam genggaman, kita hanya nak kejar tiga kerusi saja lagi dan tiga kerusi itu pun kita yakin sudah dicapai setakat ini. Saya tak boleh sebut di mana, itu rahsia dan kita tak mahu ganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil,” katanya menurut Utusan Malaysia pada sidang akhbar di Bangunan Tunku, Alor Setar.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.