
SHAH ALAM: Polis membuka 78 kertas siasatan berhubung dakwaan salah laku dalam kempen pilihan raya setakat ini, dengan 20 kes di Selangor.
Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R di Selangor, dan beliau menggesa ahli politik agar menjauhkan diri daripada topik itu dalam baki tempoh kempen.
“Kami harap semua pihak tidak eksploitasi isu 3R dalam kempen. Jika mereka buat demikian, kami akan ambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media.