Pengundi N Sembilan jangan leka, keluar undi 12 Ogos, seru Hannah

Pengundi N Sembilan jangan leka, keluar undi 12 Ogos, seru Hannah

Hannah Yeoh juga menggesa jentera dan calon BN-PH tidak melihat PN lawan mudah.

SEREMBAN:
Seorang pemimpin DAP menyeru pengundi Negeri Sembilan jangan leka dan tidak keluar mengundi dengan beranggapan PRN bukan mengubah kerajaan persekutuan serta kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh menyifatkan pemikiran seperti itu salah jika melihat Perikatan Nasional (PN) adalah lawan mudah.

“(Pengundi) masing-masing kalau tak nampak aktiviti PN, tak boleh sangkakan mereka tak kuat. Ini kerana (mereka) kempen dalam WhatsApp, YouTube, dan TikTok,” katanya kepada media selepas berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) Pertang, Jalaluddin Alias.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.