P Kumar pengerusi pusat tahfiz? PAS N Sembilan akui ada ‘kesilapan’

P Kumar pengerusi pusat tahfiz? PAS N Sembilan akui ada ‘kesilapan’

Tular di media sosial berkait profil 'meragukan' calon Perikatan Nasional di Bahau.

PETALING JAYA:
Profil “pengerusi pusat tahfiz” melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) Bahau, P Kumar, mungkin kesilapan tidak disengajakan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafie Mustapha mengakui terdapat beberapa maklumat meragukan dalam profil calon tersebut dan semua informasi itu sedang disemak.

“Saya fikir semua calon lalui proses (saringan hingga kepada pasukan penerangan) sama. Apa yang berlaku di Bahau ini, saya difahamkan profil calon terus pergi kepada Facebook calon dan disebarkan tanpa melalui ‘war room’ atau penerangan,” katanya menurut Astro Awani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.