
PADANG TERAP: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Kedah Sultan Salahuddin Sultan Badlishah untuk memilih menteri besar dari gabungan itu jika menang PRN bulan depan.
Pengerusi bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah Mahdzir Khalid berkata pihaknya tidak mahu menguar-uarkan terlebih dahulu siapa poster boy bagi mengelakkan situasi pernah berlaku di negeri lain sebelum ini.
“Biarlah Sultan Kedah yang perkenan daripada kita war-warkan siap-siap, sebab insiden ini pernah berlaku di negeri lain,” katanya ditemui di Kampung Kubang Kenyeng.