
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi sudah berunding dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membenarkan pelajarnya yang mahu mengundi pada PRN enam negeri menangguhkan peperiksaan.
Menterinya, Khaled Nordin, berkata hanya UUM yang mengadakan peperiksaan pada hari pengundian.
Menurut Berita Harian, beliau berkata bukan semua pelajar terlibat kerana PRN hanya membabitkan negeri tertentu, manakala selebihnya boleh meneruskan peperiksaan seperti dijadualkan.