
SEREMBAN: Calon bebas Rafie Abdul Malek mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkannya bahawa Rafizi Ramli dan Aminuddin Harun membantah pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Ampangan.
Rafie, yang dipecat PKR kerana bertanding atas tiket bebas, mendakwa Rafizi berbohong dengan berkata dia tidak tahu senarai calon untuk PRN Negeri Sembilan.
“Pada 26 Julai, presiden PKR telah menghubungi saya menyatakan Rafizi selaku timbalan presiden dan Aminudin Harun sebagai naib presiden membantah keras pencalonan saya,” katanya kepada FMT.