
MELAKA: Lebih 39,000 anggota dan pegawai tentera darat dan pasangan, terbabit dalam pengundian awal pada PRN enam negeri pada 8 Ogos.
“Nasihat saya, pilihlah calon yang dilihat dapat mentadbir negeri dengan baik…masing-masing ada pilihan sendiri, tepuk dada tanya selera.
“Kita tidak paksa anggota atau pegawai tentera darat untuk mengundi calon tertentu,” katanya selepas Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023 di Lapang Sasar Kem Terendak, menurut Bernama.