
PETALING JAYA: Kempen politik PRN enam negeri perlu fokus kepada tawaran dan dasar kebaikan yang hendak diberikan kepada rakyat, bukan amalan fitnah mahu menjatuhkan maruah serta harga diri mana-mana individu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Naim Mokhtar, berkata Islam mengutamakan pengamalan adab dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan termasuk apabila bercakap.
“Adalah lebih baik masing-masing mengetengahkan program-program tawaran yang hendak dilaksanakan atau segala polisi dasar kebaikan yang hendak diberikan kepada rakyat semasa tempoh berkempen ini,” katanya menurut Kosmo ketika bercakap di Taiping.