Itu fitnah, jawab Amar berhubung dakwaan jadi punca Nik Abduh tak tercalon

Itu fitnah, jawab Amar berhubung dakwaan jadi punca Nik Abduh tak tercalon

Naib presiden PAS itu berkata nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu tidak tersenarai sejak awal lagi untuk bertanding di DUN Chempaka.

PETALING JAYA:
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah menafikan tuduhan mengatakan beliau menjadi punca Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak menjadi calon kerusi DUN Chempaka pada PRN.

Amar menegaskan nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu tidak tersenarai sejak awal lagi, sambil berkata Nik Din Nik Mat iaitu adik bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz, yang membuat dakwaan berkenaan tidak terbabit dalam mesyuarat selain tiada jawatan parti.

“Saya tidak tahu dari mana sumber beliau mendapat maklumat sedemikian termasuk menyentuh surat daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang,” katanya pada sidang media di Kelantan malam tadi menurut Berita Harian.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.