
PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuang Hasnal Rezua Merican Habib Merican menegaskan tiada keperluan untuknya melepaskan jawatan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) seperti didesak pelbagai pihak.
Hasnal mempersoalkan desakan itu yang dibuat berdasarkan andaian kononnya bakal ada campur tangan politik, sambil meminta pengkritiknya melihat rekodnya bertugas sejak memegang jawatan berkenaan untuk sesi 2022-2025, bermula Julai lalu.
“Di mana isu hak asasi manusia ‘dikompromi’ kerana jawatan politik saya (ketua Umno Selayang)? Sepatutnya sudah ada bukti sekarang sebab telah ada rekod saya selama setahun,” katanya kepada FMT.