PETALING JAYA: Bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad dipersoal kerana tidak menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, semasa beliau memegang jawatan berkenaan.
Calon Barisan Nasional (BN) Titiwangsa, Johari Abdul Ghani berkata, Khalid yang juga pesaingnya untuk kerusi itu, telah cuba untuk menyalahkan orang lain walaupun mempunyai cara untuk melakukan sesuatu dalam tempoh 22 bulan ketika memegang jawatan berkenaan.