
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi setakat 1 petang sudah mencecah 50%.
Ini bermakna lebih 10.6 juta pengundi telah membuang undi setakat ini, dengan pengundian dijadualkan berakhir jam 6 petang di Semenanjung dan 5.30 petang di Sabah dan Sarawak.