Disangka anjing, lepas 2 tahun jadi beruang

Disangka anjing, lepas 2 tahun jadi beruang

Keluarga Yun terkejut dengan selera makan "anak anjing" yang boleh habiskan sekotak buah-buahan dan 2 mangkuk mi setiap hari.

Sebuah keluarga di China baru sedar haiwan peliharaan mereka yang disangka anjing rupa-rupanya beruang hitam.

Su Yun membeli haiwan itu 2 tahun lalu menyangka ia baka Tibetan mastiff dan membawanya pulang ke kediaman keluarganya di Kunming, daerah Yunnan untuk dibela, petik laporan akhbar Chinanews.com.

Keluarga Yun pada awalnya terkejut dengan selera makan “anak anjing” yang boleh menghabiskan sekotak buah-buahan dan 2 mangkuk mi setiap hari.

Mereka hanya menyedari ia bukan seekor anjing seperti yang disangka selepas 2 tahun haiwan itu membesar menjadi sebuah beruang hitam seberat 113kg.

Pusat Bantuan Haiwan Liar Yunnan mengesahkan haiwan itu sebagai beruang hitam Asiatic yang juga dikenali sebagai beruang dada putih.

Organisasi Hidupan Liar Dunia (WWF) pula menyenarai beruang itu sebagai spesis yang terdedah kepada bahaya, terpaksa menidurkannya dengan sedatif sebelum mengalihkan ke pusat penjagaan haiwan.

Beruang hitam Asiatic mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran gelap dan diburu secara haram untuk organ dalaman khususnya pundi hempedu, tapak dan kulitnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.