
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kecil hati apabila dihidangkan dengan makanan pencuci mulut iaitu manisan berupa coklat diatur di atas kasut kulit berkilat ketika sesi makan bersama rakan sejawatannya di Israel, Benjamin Netanyahu.
Menurut laporan Independent.uk, pada 2 Mei, pemimpin Jepun itu disambut di kediaman Benjamin dan isteri, Sara Netanyahu pada lawatan kali ke-2 mereka ke Israel.
Makanan pada malam berkenaan disediakan oleh chef terkenal negara tersebut, Chef Segev Moshe yang menghidangkan coklat praline di atas kasut.
Jelas, pemimpin Jepun itu kecil hati dengan tindakan yang disifatkan tidak menghormati mereka.
Seorang diplomat Jepun berkata, “Tiada budaya dalam dunia ini yang meletakkan kasut di atas meja makan. Apa yang difikirkan oleh chef tersebut? Kalau ia berunsur jenaka, kami tak rasa ia kelakar, kami rasa pemimpin kami dihina.”

Bagaimanapun menteri luar negara Israel pula berkata pihaknya tidak terlibat dalam persembahan makanan, tetapi akui menghargai kreatiiviti chef tersebut.
Manakala, Chef Segev Moshe cuba pula mempertahankan dirinya dengan akui pencuci mulut yang dihidangkan dalam kasut tersebut bukanlah kasut sebenar sebaliknya logam yang dibentuk seakan kasut.
Bagaimanapun, kiriman di Instagram chef tersebut dikecam teruk netizen khususnya dari Jepun dan Asia.
“Sebelum menyambut tetamu dan menghidang makanan, ketahui adat dan budaya mereka,” tweet seorang pengguna.