
Kucing bernama Tama dari Jepun tiba-tiba menjadi sensasi media sosial selepas satu rakaman menunjukkan ia berhayun sambil membuat aksi akrobatik dikongsi pemiliknya.Ia membuatkan ramai tertanya jika Tama sedang bersiap-sedia untuk mendapatkan tubuh ”six-pack” atau dalam percubaan menguatkan ototnya untuk berdepan sebarang persaingan sengit.
Rakaman pemilik kucing tersebut di akaun Twitter colt8888vr ditonton lebih 2.4 juta kali sejak dikongsi 7 Mac lalu.
Rakaman itu menunjukkan Tama seolah-olah membuat senaman dengan berpaut pada bingkai pintu laluan sambil menghayunkan dirinya ke dua-dua belah bingkai pintu.
Namun, kucing yang hanya menggunakan kuku untuk mengangkat seluruh dirinya itu sebenarnya sedang berusaha cuba melepaskan dirinya secara selamat dari bingkai pintu itu.
Rakaman itu menarik perhatian netizen yang tertawan dengan kemampuan Tama mendukung dirinya dan beralih dengan hanya menggunakan pautan kuku untuk tempoh masa tertentu.
Selepas beberapa saat, Tama memberanikan diri menerjunkan diri ke tanah sementara pemiliknya hanya merakam seluruh kejadian itu tanpa membantu kucingnya itu.
“Nampaknya Tama jumpa cara main baru,” kata seorang pengguna.
“Dia kelihatan seperti kanak-kanak yang secara tidak sengaja melibatkan diri dalam permainan yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
“Ia pasti terfikir untuk menyelesaikannya dengan sendiri, walaupun hakikatnya ia tetap mengiau meminta tolong. Dan adakah kamu terus merakam aksi ini tanpa membantunya?” tanya seorang pengguna kepada pemiliknya.
Berbalas kepada soalan itu, colt8888vr akui Tama pernah terlibat dalam situasi lebih serius dan menakutkan daripada apa dirakamnya pada hari tersebut.
“Anda lihat peti sejuk dalam video itu? Kucing saya dengan gembira memanjatnya, ia lebih tinggi daripada bingkai pintu,” katanya.
Dia juga mengakui Tama tidak bernah berdepan sebarang kecederaan atau masalah selepas tamat sesi akrobatiknya.
https://twitter.com/colt8888vr/status/971387828868300806