Dibanjiri pelanggan sejak pagi, kedai produk Apple tutup operasi

Dibanjiri pelanggan sejak pagi, kedai produk Apple tutup operasi

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Switch, pihaknya menyatakan penutupan tersebut terpaksa diambil atas sebab keselamatan.

apple_12
Orang ramai berkumpul di luar pusat beli-belah sejak 2.00 pagi. (Gambar Facebook)
fmt-ohsem-inside-article1Jualan murah, jualan gudang atau jualan dengan diskaun besar-besaran pastinya menarik perhatian ramai pengguna.

Terbaru, jualan gudang produk Apple di Switch di pusat beli-belah MyTown Mall di Cheras menerima kunjungan pelanggan tidak diduga apabila pelanggan sanggup berbaris di bangunan itu sejak malam sebelumnya.

Bagaimanapun, Switch terpaksa menutup operasi perniagaan mereka ekoran kebanjiran orang ramai.

apple_1
Jualan penghabisan gudang yang dipromosi di laman sosial nampaknya berhasil. (Gambar Facebook)

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Switch, pihaknya menyatakan penutupan tersebut terpaksa diambil atas sebab keselamatan.

“Dukacita dimaklumkan, Switch mengambil keputusan untuk menutup operasi dan premis Switch Mytown hari ini atas sebab keselamatan.

apple_123
Pelanggan terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas premis Switch ditutup. (Gambar Facebook)

“Keselamatan anda keutamaan kami. Sila jaga keselamatan anda,” petik kenyataan itu.

Beberapa keping gambar diambil netizen sebelum ini viral menunjukkan ratusan orang yang dipercayai sudah berkumpul di luar bangunan Mytown Mall.

Barisan itu dipercayai bermula pukul 2.00 pagi sehingga pusat beli-belah dibuka.

Beberapa netizen akui barisan itu bermula dari kedua-dua pintu masuk pusat sehingga sepanjang jalan menghala ke Ikea yang merupakan bangunan bersebelahan MyTown Mall.

apple_1234
Kedua-dua pintu masuk MyTown sesak sehinggalah ke bangunan pusat beli-belah Ikea di sebelahnya. (Gambar Facebook)

Trafik juga sesak, kira-kira 1km di kedua-dua arah sehinggalah Switch mengeluarkan kenyataan tidak akan menjalankan apa-apa perniagaan hari ini.

Sebelum itu, ia mempromosi jualan penghabisan gudang bermula 2 hingga 4 Mac dengan produk Apple yang dijual pada harga murah, iPhone 6 misalnya pada harga RM600.

Penutupan Switch ternyata mengecewakan mereka yang sanggup berdiri lama dan ini terbukti apabila ramai meluahkan kekesalan di laman sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.