Taiwan hadapi ‘bencana tisu tandas’

Taiwan hadapi ‘bencana tisu tandas’

Rak pasar raya dan kedai kosong, syarikat jualan dalam talian juga kehabisan stok.

Rakyat Taiwan panik dengan khabar angin kenaikan harga tisu tandas. (Gambar Taiwan News)
Rakyat Taiwan panik dengan khabar angin kenaikan harga tisu tandas. (Gambar Taiwan News)
fmt-ohsem-inside-article1Bencana tisu tandas melanda Taiwan selepas khabar angin mengatakan produk itu akan mengalami kenaikan harga sehingga 30%.

Susulan itu, rakyat Taiwan menyerbu pasar raya dan kedai, menghimpunkan sebanyak mungkin tisu tandas dalam troli beli-belah mereka kononnya untuk simpanan sebelum ia naik harga.

Namun apa yang berlaku, hampir semua premis perniagaan kehabisan stok sehingga keadaan itu digelar “bencana” oleh media tempatan.

Rak pasar raya dan kedai kosong, syarikat jualan dalam talian juga kehabisan stok.

Perkhidmatan e-dagang popular PChome dalam satu laporan media tempatan dipetik sebagai berkata, pihaknya sahaja sudah menjual habis 5 juta bungkusan tisu tandas dalam tempoh 3 hari.

Rak menempatkan tisu tandas di pasar raya kosong. (Gambar Taiwan News)
Rak menempatkan tisu tandas di pasar raya kosong. (Gambar Taiwan News)

Khabar angin menyatakan harga pulpa meningkat mulai Mac akan membawa kepada kenaikan harga tisu tandas, membawa kepada fenomena ini.

Laporan CNA menyatakan gangguan bekalan kertas pulpa di Brazil dan pembakaran hutan di Kanada menyebabkan dunia mengalami kekurangan bahan mentah tersebut.

Lantaran kekecohan itu, Perdana Menteri Taiwan, William Lai sendiri terpaksa turun memberi kenyataan supaya rakyat tidak panik dan berebut. Beliau juga memberi jaminan akan menyediakan tisu tandas mencukupi.

Kerajaan sudah pun mengarahkan Suruhanjaya Perdagangan Adil meneliti dakwaan penetapan harga yang dikawal.

Pengeluar tisu terbesar Taiwan, YFY Inc pula mengakui kos pulpa serat pendek digunakan dalam pembuatan tisu tandas meningkat 50% sejak pertengahan 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.