Warga emas bina taman bunga untuk gembirakan isteri buta

Warga emas bina taman bunga untuk gembirakan isteri buta

Isteri Toshiyuki kehilangan kedua-dua penglihatan pada usia 52 tahun ekoran penyakit diabetes.

Toshiyuki mengusahakan tanaman ini semata-mata untuk membuatkan isteri tercintanya gembira.
Toshiyuki mengusahakan tanaman ini semata-mata untuk membuatkan isteri tercintanya gembira.
fmt-ohsem-inside-article1Tanaman pokok bunga Shibazakura berwarna merah jambu di sebuah perkampungan kecil di kepulauan Miyazaki menjadi tarikan pelancong bukan hanya kerana keindahan flora itu tetapi kisah cinta yang terpalit di sebalik penanaman bunga itu.

Toshiyuki Kuroki dan Yasuko Kuroki adalah pasangan warga emas tinggal di sebuah rumah yang dikelilingi taman kosong seluas 303 meter persegi ketika mereka pindah masuk ke kediaman berkenaan 60 tahun lalu bersama 2 anak.

Sejak itu pasangan itu terus tinggal di sana, membina cita-cita untuk melawat seluruh Jepun selepas bersara.

Malang tidak berbau apabila isteri Toshiyuki kehilangan kedua-dua penglihatan pada usia 52 tahun ekoran penyakit diabetes.

Tetapi kasih dan sayang suami terhadap isterinya dan perkahwinan yang dibina selama 30 tahun membuatkan dia bertekad membawa kebahagiaan dengan menanam pokok bunga Shibazakura di sekeliling rumahnya demi isterinya itu.

Tanaman ini menjadi salah satu tarikan pelancongan di perkampungan tersebut.
Tanaman ini menjadi salah satu tarikan pelancongan di perkampungan tersebut.

“Saya berharap wangi-wanggian manis bunga itu dapat membuatkan isteri saya rasa lebih selesa.

“Dia terperuk dalam rumah, enggan keluar sejak hilang penglihatan. Saya harap bunga-bunga ini dapat menawan hatinya sekali gus merawat kesedihannya,” kata suami itu kepada agensi berita tempatan.

Selepas 2 tahun bekerja, kini tamannya seperti dibentangkan permaidani bunga, lebih cantik apabila ia mengelilingi kawasan kediaman pasangan itu.

Taman bunga dan kisah cinta pasangan warga emas menarik perhatian semua orang yang mengunjungi pulau itu dan mereka yang melawat taman tersebut tidak lupa bertanya khabar pasangan tersebut.

Ternyata niat dan harapan Toshiyuki supaya isterinya, Yasuko tidak rasa ditinggalkan keseorangan selepas kehilangan penglihatan berhasil apabila mereka kini dikunjungi pelancong tanpa putus.

Kalau anda merancang ke Jepun, jangan lupa melawat pasangan ini dan menikmati wangian manis pokok Shibazakura.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.