Suami guru besar direman seminggu berkait kes intai murid

Suami guru besar direman seminggu berkait kes intai murid

Kejadian pertama dilapor berlaku di tandas perempuan sebuah sekolah rendah di Gua Musang.

handcuff
Tahanan reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu bermula semalam, kata Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengintai murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Gua Musang baru-baru ini.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata, tahanan reman bermula semalam terhadap lelaki berusia 60 tahun, yang juga suami guru besar di sekolah itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan kejadian berlaku di tandas murid di sekolah rendah itu.

Menurutnya, kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 7 April lepas, apabila empat murid perempuan memaklumkan mereka terdengar jeritan dari dalam tandas murid perempuan.

“Murid-murid berkenaan turut mendakwa melihat dua murid perempuan Tahun Dua berada di dalam tandas itu sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari tandas,” katanya.

Sumber sama berkata, pada awal bulan ini, lelaki sama kerap dilihat berada di kawasan surau sekolah pada waktu petang, ketika sesi kelas Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berlangsung.

Katanya, lelaki itu didakwa mengintai murid perempuan yang sedang mengambil wuduk.

Susulan kejadian yang menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa dan murid sekolah, laporan polis dibuat agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.