Pelancong Malaysia, China dikecam rakam foto tanpa etika

Pelancong Malaysia, China dikecam rakam foto tanpa etika

Wartawan foto Associated Press (AP) dari Bangladesh, A M Ahad mendedahkan kisah di sebalik sekeping foto yang dihantar untuk pertandingan anugerah foto.

Photog
fmt-ohsem-inside-article1Wartawan foto Bangladesh, A M Ahad kesal dengan tindakan sesetengah pelancong yang hadir dengan tiket “jurugambar” ke negaranya semata-mata untuk merakam gambar yang “dipentaskan” atau direka sendiri.

Dia yang menamakan pelancong dan jurugambar dari Malaysia dan Bangladesh sebagai mereka yang terlibat dalam aktiviti yang dimaksudkannya itu turut memuat naik rakaman tersebut.

Ia diambil ketika Ahad berada di stesen keretapi di Dhaka, Bangladesh dan sekumpulan jurugambar membidik punat kamera mereka ke arah seorang lelaki muda yang mengeluarkan kepala dari tingkap koc keretapi sambil menadah tangan untuk berdoa.

Ahad, wartawan foto agensi Associated Press (AP) yang berpusat di Bangladesh dan pengasas agensi foto Absurd Photos merumus apa yang sebenarnya berlaku dalam video berdurasi 18 saat itu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahad mendedahkannya sebagai kisah di sebalik sekeping foto yang dihantar untuk pertandingan anugerah-anugerah gambar.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, ketika festival Bishwa Ijtema dan Hari Raya Haji, beratus pelancong dari Malaysia dan China menggalas kamera dan melakukan pelbagai rakaman.

“Mereka berada di sekitar bandar ini merakam sesuatu sekali gus membinasakan etika fotografi professional,” kata Ahad kepada PetaPixel.

Katanya, kebanyakan mereka bukan wartawan jurugambar professional kerana mengabaikan etika kedua-dua kerjaya dengan sekadar mencipta sendiri sesuatu momen supaya kelihatan cantik dan lebih dramatik.

Jelasnya ini juga kerana orang awam di negaranya sentiasa bersedia untuk memberi “pose” yang diminta.

“Apa yang sedang berlaku di negara saya ini? Bangladesh bukan untuk orang seperti ini, memusnahkan etika jurugambar professional semata-mata untuk memenangi anugerah.”

Ahad memberi amaran supaya tidak tampil dengan “label” media asing sedangkan tidak mempunyai sebarang bukti atau pengesahan daripada pihak mereka.

“Orang seperti ini mencipta sesebuah babak. Mereka patut duduk di rumah sahaja,” katanya kesal.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.