Wanita Arab akhirnya boleh tonton bola sepak di stadium

Wanita Arab akhirnya boleh tonton bola sepak di stadium

Perlawanan bola sepak pertama yang akan ditonton oleh wanita negara itu adalah perlawanan antara kumpulan Al-Ahli dan Al-Batin pada 12 Januari ini.

saudi-arabia-women
fmt-ohsem-inside-article1Bermula Jumaat ini, wanita Arab Saudi bebas menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Keputusan mengalihkan larangan dan membenarkan wanita bergerak lebih bebas dibuat oleh Putera Mahkota negara itu, Mohammed bin Salman.

Selain membenarkan wanita ke pertandingan bola sepak, mereka juga dibenar memandu kenderaan sendiri mulai Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Maklumat Arab Saudi, perlawanan bola sepak pertama yang akan ditonton oleh wanita negara itu adalah perlawanan di antara kumpulan Al-Ahli dan Al-Batin pada 12 Januari ini.

Ia diikuti perlawanan ke-2 pada hari berikutnya dan yang ke-3 pada 18 Januari.

Kenyataan itu juga mengesahkan wanita dibenar menonton perlawanan bola sepak di mana-mana stadium di seluruh negara kerana perlawanan pertama diadakan di Riyadh, ke-2 di Jeddah dan ke-3 di Dammam.

Pada September tahun lalu, buat pertama kalinya, ratusan wanita dibenarkan memasuki stadium di Riyadh ketika sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi.

Wanita Arab dikongkong dengan pelbagai peraturan dan undang-undang yang menghadkan kebebasan mereka untuk bergerak kerana prinsip perpecahan gender di bawah nama agama.

Selepas beberapa dekad berjuang, usaha aktivis wanita Arab akhirnya terjawab selepas Raja Salman mula memberi pengiktirafan kepada golongan itu.

Ia termasuk kebenaran untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya perbandaran buat kali pertama pada 2015.

Namun masih ada beberapa larangan dan undang-undang yang terus dikekalkan, mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum diagihkan sepenuhnya. Antaranya:

– Tidak boleh mengambil keputusan besar tanpa kebenaran ahli keluarga lelaki.

– Memakai pakaian atau alat solek yang menampakkan kecantikan mereka.

– Bergaul dengan lelaki bukan ahli keluarga atau bukan muhrim.

– Bersenam di kolam renang atau pantai awam.

– Mengambil bahagian dalam sukan tanpa kebenaran.

– Mencuba baju ketika sedang membeli-belah.

– Memiliki akaun bank sendiri tanpa kebenaran lelaki dan mengawal kewangan keluarga.

– Hak penjagaan anak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.