Siti Nurhaliza dedikasikan lagu buat anak yang bakal lahir

Siti Nurhaliza dedikasikan lagu buat anak yang bakal lahir

Siti menunggu lebih 10 tahun untuk menimang cahaya mata selepas membina rumah tangga dengan usahawan Datuk K.

siti-nurhaliza
fmt-ohsem-inside-article1Bakal ibu dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikhabar akan merakam sebuah lagu istimewa untuk anak sulungnya yang dijangka lahir Mac depan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Siti tampil dengan idea tersebut sebagai penghargaan kepada Tuhan yang akhirnya memakbulkan impiannya menjadi seorang ibu.

“Lagu tersebut akan menjadi hadiah istimewa seorang ibu kepada anak.

“Saya akan memilih satu daripada 3 melodi yang sedang diusahakan.

“Buat masa ini, saya belum dapat lirik lagu itu lagi.

“Hanya selepas mendapat lirik saya boleh pilih tajuk lagu. Apa pun, lagu tersebut akan dirakam sebelum saya bersalin,” katanya yang akui mendapat idea tersebut ketika berada di bilik mandi.

Beliau ditemui dalam majlis pelancaran program jurnal percutian keluarga besar Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terbitan Astro.

Wanita kesayangan negara ini menunggu lebih 10 tahun untuk menimang cahaya mata selepas membina rumah tangga dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau yang lebih popular dengan panggilan Datuk K.

Ditanya mengenai jantina bayi yang dikandungkan, Siti enggan mendedahkan lagi perkara itu kepada umum.

Jawabnya, beliau belum bersedia berkongsi mengenai jantina bayi dalam kandungannya kerana menghormati permintaan suaminya.

“Tiada tarikh tertentu mengenai pengumuman jantina bayi kami dalam masa terdekat ini. Apabila suami menyatakan persetujuan, barulah perkara tersebut akan dibincangkan,” ujarnya ringkas seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.