
Tanggungjawab dan nilai kemanusiaan mengundang rangkaian gedung tekstil terbesar negara, Jakel, untuk menganjurkan Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017.
Larian amal tersebut merupakan satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel,di samping langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah melahirkan serta menerapkan amalan dan gaya hidup sihat.
Sebagai syarikat tekstil sulung yang menganjurkan larian ini, Jakel bukan sahaja mahu peka dengan nilai komersial jualan tetapi nilai kemanusiaan khususnya sesama insan yang berdepan ancaman.
Menariknya, acara Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 edisi pertama berjaya menerima sambutan memberangsangkan dengan 7000 penyertaan, dan 3000 daripadanya terdiri daripada penonton.

Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan. Oleh itu Jakel menerusi penganjuran Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 akan menyalurkan 100% kutipan acara itu kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya.
Menurut jurucakap Jakel, pihaknya berjaya mengumpul nilai sumbangan berjumlah RM700,000 hasil kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan peserta larian, sumbangan Jakel Trading Sdn Bhd serta sumbangan penaja.
Ia akan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh, dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel.

Peserta merentasi laluan bandaraya Kuala Lumpur melalui beberapa jalan utama termasuk Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar,Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, dan Jalan Tun Perak sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL.

Acara gemilang ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah tajaan lain untuk dibawa pulang para peserta.