Stokin terlalu busuk, lelaki ditahan polis

Stokin terlalu busuk, lelaki ditahan polis

Prakash Kumar ditahan kerana menyebabkan "gangguan awam" selepas bas yang dinaiki busuk akibat stokin dipakainya, petik BBC.

stokin
fmt-ohsem-inside-article1Polis di India menahan seorang lelaki selepas menerima aduan mengenai bau stokinnya yang sangat busuk.

Prakash Kumar, 27 ditahan kerana menyebabkan “gangguan awam” selepas bas yang dinaiki busuk akibat stokin yang dipakainya, petik BBC.

Kejadian itu berlaku ketika bas dalam perjalanan ke bandar raya ibu negara, Delhi ketika Kumar menanggalkan kasut dan stokinnya.

Bau stokinnya itu terlalu busuk sehingga para penumpang mendesak Kumar menyimpannya di dalam beg atau membuangnya keluar.

Namun, Kumar enggan berbuat demikian menyebabkan berlakunya pergaduhan kecil sehingga pemandu bas terpaksa memberhentikan bas di balai polis berdekatan bagi membuat laporan terhadap lelaki itu.

Kumar pula menafikan stokinnya berbau dan mendakwa para penumpang bergaduh dengannya tanpa sebab, petik The Hindustan Times.

Kumar bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.