Kebijaksanaan Manushi tiket menangi Miss World

Kebijaksanaan Manushi tiket menangi Miss World

Manushi tampil dalam gaun rekaan pereka terkenal India dan antarabangsa, Falguni dan Shane Peacock, dipercayai bernilai lebih RM32,000.

Manushi-Chhillar-miss-india
fmt-ohsem-inside-article1Kecantikan seseorang berbeza pada pandangan setiap orang, tetapi kebijaksanaan akan mengatasi kecantikan fizikal.

Mungkin kecerdikan dan kebijaksanaan itulah yang menjadi tiket bagi Ratu Dunia 2017, Manushi Chhillar memenangi anugerah berprestij itu.

Manakan tidak, selepas melalui pelbagai pusingan dan segmen, “assignment” dan persembahan tugas, satu soalan akhir menentukan siapa paling berhak menjunjung tiara bernilai lebih AS$2 juta (RM8.32 juta) daripada 5 finalis terakhir.

Maka, memberi jawapan spontan berdasarkan pemahaman mendalam agar memberi impak besar kepada para juri adalah syarat penting.

Memakai gaun rekaan pereka terkenal India dan antarabangsa, Falguni dan Shane Peacock yang dipercayai bernilai lebih RM32,000, penampilan Manushi di atas pentas Miss World memukau mata yang memandang.

Tetapi kembali kepada soalan penentu itu, apakah agaknya jawapan yang diberikan oleh kesemua 5 finalis tersebut?

Mari kita ikuti video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=efr0ofJGCyo

Kredit: Bollywood News

Ini terjemahan singkat soalan dan jawapan 5 ratu cantik finalis:

Stephanie Hill, Miss England

Soalan: Kalau anda diberi peluang berucap di hadapan pemimpin dunia, apakah anda akan ucapkan?

Jawapan: ”Jika saya peroleh peluang sedemikian, saya akan mengetengah isu ketidaksamarataan penjagaan kesihatan sedunia. Terdapat vaksin dan perubatan di dunia ini. Krisis ini harus dihentikan.

Aurore Kichenin, Miss France

Soalan: Apakah penemuan terhebat dunia dan mengapa?

Jawapan: ”Penemuan terhebat dunia ialah pengangkutan. Ia membolehkan negara saling berhubungan.”

Manushi Chhillar, Miss India

Soalan: Kerjaya apakah yang sepatutnya mendapat pendapatan paling tinggi dan kenapa?

Jawapan: ”Seorang ibu berhak memperoleh penghormatan tertinggi. Ia bukan mengenai wang tunai tetapi kasih sayang dan penghormatan yang diberikan. Ibu saya adalah inspirasi terbesar saya. Ibu adalah kerjaya yang berhak mendapat pendapatan paling tinggi.”

Magline Jeruto, Miss Kenya

Soalan: Buli siber adalah masalah paling besar di dunia sekarang. Bagaimana anda menyelesaikannya.

Jawapan: ”Buli siber adalah masalah besar dalam sesebuah negara yang seharusnya dihentikan. Ia harus dihentikan menerusi peraturan dan undang-undang. Hukum atau denda mereka yang melakukan buli siber.

Andrea Meza, Miss Mexico

Soalan: Apakah kualiti terpenting yang harus ditunjukkan oleh Miss World?

Jawapan: ”Ia adalah rasa cinta pada diri sendiri dan ditunjukkan kepada dunia. Miss World seharusnya menjadi seseorang yang boleh berkomunikasi dengan semua, menjadi inspirasi dan contoh kepada semua.”

Sejurus selepas pusingan itu, ratu cantik Miss World dinobatkan dan nama pelajar perubatan serta model, Manushi disebut sebagai pemenangnya.

Ternyata ramai yang akui jawapan yang diberikan itu sebagai “icing on the cake” kerana ia berjaya menawan setiap orang termasuk para penonton dan netizen.

Sedikit mengenai wanita yang baru berusia 20 tahun itu, Manushi sebelum ini pernah memenangi pertandingan ratu Femina Miss India 2017 dan menjadi wanita India ke-6 mememangi Miss World.

Bapa Manushi, Dr. Mitra Basu Chhillar merupakan seorang saintis di Organisasi Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan manakala ibunya pula Dr. Neelam Chhillar, seorang profesor madya dan ketua dekan Bahagian Neurokimia di Human Behaviour and Allied Sciences.

Manushi pula sedang melanjutkan pengajian perubatan di Kolej Perubatan Bhagat Phool Singh Government Untuk Wanita di Sonipat.

Selain itu, Manushi juga mahir dalam tarian klasikal, Kuchipudi selain pernah menyertai sekolah National School of Drama.

Manushi turut memenangi cabaran ‘Head to Head’ dan pusingan ‘Beauty With A Purpose’ menerusi projek Shakti dengan mendidik masyarakat India mengenai kesedaran terhadap kebersihan ketika haid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.