Pengguna motosikal berang, Lebuhraya MEX dipenuhi skru, paku dan dawai

Pengguna motosikal berang, Lebuhraya MEX dipenuhi skru, paku dan dawai

Pengguna Facebook, Zul Mamu menemukan kira-kira 2 atau 3 genggam penuh serpihan skru, paku dan dawai di sepanjang laluan motosikal lebuh raya itu.

skru,-paku
fmt-ohsem-inside-article1Adakah tayar kenderaan anda selalu sahaja bocor ketika melalui jalan raya tertentu?

Mungkin anda perlu bertindak seperti seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Mamu seperti yang dikongsi di laman Facebook.

Zul Mamu mungkin bosan dan berang dengan situasi yang menimpanya, akhirnya menemukan kira-kira 2 atau 3 genggam penuh serpihan skru, paku dan dawai sepanjang laluan motosikal di Lebuhraya MEX (Maju Expressway).

Dalam pos yang dimuat naik di Facebook Jual Beli SuperBike/Barang SBK, dia berkongsi pengalaman tayar belakang motosikalnya dibocori dawai besi yang terdapat di laluan motosikal lebuh raya itu.

Mujurlah dia ada segala kelengkapan untuk membaiki kerosakan dan boleh meneruskan perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

Zul Mamu kemudian mengambil inisiatif sendiri dengan melalui lebih raya itu untuk memeriksa dan mengutip sendiri skru, paku dan dawai yang didapati berselarak di sepanjang jalan bermula dari Plaza Tol Salak Selatan hingga ke susur keluar Seri Kembangan.

Hasilnya, dia dapat mengumpul semua serpihan yang boleh menyebabkan kemalangan dan berkongsi gambar itu di Facebook.

Jelas, perbuatan ini boleh membawa padah. Jadi pihak yang mengendalikan lebuh raya tersebut harus memantau dan mengawasi individu yang terlibat dalam perbuatan ini.

Ini bagi memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku pada pengguna jalan raya yang berulang alik menggunakan jalan raya berkenaan setiap hari.

Perkongsian Zul Mamu bukan saja menyedarkan netizen, malah pengguna jalan raya itu sendiri supaya berhati-hati dengan kemungkinan kecelakaan melibatkan penunggang motosikal.

Apapun, FMT Ohsem juga mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada Zul Mamu atas keprihatinan dan menyedarkan pengguna seperti kami terhadap bahaya ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.