Foto pengantin baru main papan luncur buat netizen tertarik

Foto pengantin baru main papan luncur buat netizen tertarik

Pasangan dari Kuala Lumpur ini bertemu menerusi internet kerana hobi mereka yang serasi, bermain papan luncur.

pengantin-papan-luncur-malaysia
fmt-ohsem-inside-article1Lihat pasangan ini, mereka pamer gaya baharu dalam sesi penggambaran sebagai pengantin yang baru bernikah!

Pasangan yang berasal dari Kuala Lumpur ini bertemu menerusi internet kerana hobi mereka yang serasi, bermain papan luncur.

Perkara yang sama juga membimbing pasangan Vina Marwan, 25, dan suaminya Ikhzreen Husin, 26 tahun untuk tampil dengan idea merakam gambar foto di gelanggang papan luncur dengan membuat aksi tersebut dalam persalinan pengantin.

Vina dan Ikhzreen bertemu semasa sesi latihan papan luncur 5 tahun lalu dan akhirnya menjadi rakan baik sebelum jatuh cinta menjadi pasangan suami isteri pada bulan Julai lalu.

Foto pasangan ini sedang melakukan aksi “skateboarding” pada hari pernikahan di Twitter menjadi viral dengan lebih 50,000 tweet dan lebih 80,000 “likes”.

“Saya baru sahaja berkahwin dengan sahabat baik saya yang boleh menerima semua kerja gila saya. Lol, saya bahagia dan melalui waktu hebat untuk menikmati kehidupan baru kahwin kami .. kahh tak dapat bayangkan akan melalui semua ini, “kata Vina dalam muat naik gambar pernikahannya di laman sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.