Isteri sebat suami tolak seks 10 kali sehari

Isteri sebat suami tolak seks 10 kali sehari

Hasil pemeriksaan mendapati badan dan punggung lelaki berusia 32 tahun itu lebam akibat disebat isterinya berusia 31 tahun.

rotan-suami

Macam-macam sudah!

Kali ini berita suami menjadi mangsa keganasan rumahtangga si isteri kerana tidak memenuhi permintaan seks.

The Star memetik laporan China Press menyatakan seorang lelaki disebat isterinya selepas menolak permintaan seks walaupun dielak dengan alasan letih.

Lelaki yang enggan dikenali itu akhirnya mengadu perkara itu kepada Presiden Kesatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng selepas tidak dapat menahan penderitaan yang dialaminya.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia diajak mengadakan persetubuhan, ada kalanya sehingga 10 kali sehari oleh isterinya dan jika mengelak dia akan dirotan oleh isterinya yang berusia 31 tahun.

Chee Heng memberitahu hasil pemeriksaan mendapati badan dan punggung lelaki itu lebam akibat disebat isterinya.

Bagaimanapun lelaki tersebut enggan melapor perkara tersebut kepada pihak polis kerana tidak mahu menanggung malu.

Justeru, Chee Heng menasihati lelaki itu dan mana-mana kaum lelaki yang menghadapi nasib sama supaya mendapatkan bantuan kaunseling serta perubatan seperti pasangan terbabit.

Menurut laporan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), 26% kes keganasan rumahtangga yang berlaku di negara ini dari 2014 hingga 2016 membabitkan penderaan terhadap suami.

Harus diakui, statistik yang diberikan hanya kes dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana sikap kaum lelaki itu sendiri yang mungkin malu sekiranya isu penderaan melibatkan diri mereka sebagai mangsa menjadi gurauan masyarakat sekeliling.

Ingat, Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521) kita merangkumi aspek perlindungan, bukan sahaja terhadap wanita malah lelaki.

Cuma kaum lelaki kena bersuara meluahkan segala masalah dialami tanpa segan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan mereka dan anak, di samping menuntut hak dan keadilan buat diri mereka mengikut peruntukan undang-undang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.