Ibu hamil kongsi kelahiran rumit di Facebook

Ibu hamil kongsi kelahiran rumit di Facebook

Rebecca dikatakan mengandungkan bayi terkena jangkitan Zika, selain mengalami tekanan darah tinggi mabuk hamil melampau dan masalah urinari.

baby
fmt-ohsem-inside-article1Ketika melalui saat cemas menerima induksi, seorang wanita mengambil keputusan menyiarkan secara langsung detik kelahiran anaknya menerusi Facebook yang disaksikan lebih 26,000 pengikut.

Rebecca Meldrum, 28, akui melalui kehamilan yang mencabar termasuk dalam fasa ugutan virus Zika yang menakutkan.

Selain itu, dia menghadapai masalah tekanan darah tinggi, mabuk hamil melampau dan masalah urinari.

Pagi itu, pada usia kandungannya memasuki minggu ke-36, Rebecca diinduksi dengan status “kecemasan” kerana khuatir bayi yang bakal dilahirkan bersifat kecil dan kekurangan pertumbuhan.

Dalam situasi itu, ibu kepada 2 orang anak itu mengambil keputusan berkongsi pengalaman melahirkan anak sebagai inspirasi kepada wanita lain mengharungi pengalaman kehamilan dan kelahiran yang rumit.

Video pertama di akaun facebook ChannelMum.com menunjukkan dirinya dibawa ke hospital oleh suaminya Lee untuk diinduksi di Hospital Bersalin Aberdeen.

“Saya jarang berdebar tetapi hari ini saya merasakan segala debaran.

“Saya berpeluh dan terkejut sedikit. Kami tidak dapat jangka bagaimana kelahiran ini akan berlaku.

“Apa yang kami tahu adalah kami bakal memiliki bayi. Namun, kami tidak pasti kesihatannya. Segala-galanya adalah pengalaman baharu.

“Saya seorang yang sangat telus dan tidak pasti kalau perkongsian kisah benar pengalaman bersalin rumit ini baik atau buruk. Bagaimanapun, saya tidak akan berhenti walaupun keadaan menjadi sukar,” katanya.

Para doktor yang merawat Rebecca menyatakan kehamilannya rumit justeru mencuba sedaya upaya sewaktu tiba detik kelahiran.

Bayi Rebecca berdepan masalah tumbesaran kecil menyebabkan dia diinduksi pada minggu ke-36.

Memandangkan bayinya tidak bertindak balas selepas 2 kali diinduksi, Rebecca terpaksa melahirkan anaknya menerusi ceaserian dan berjaya melahirkan anak seberat 2.44 kg.

Dalam video seterusnya, dia berkata, “Saya akan melalui sesi pembedahan kerana anak saya berkeras untuk keluar melalui perut saya.”

Dia juga menyampaikan rasa terharu apabila dikelilingi komuniti dalam talian yang yang hebat, terus memberi motivasi kepadanya melalui kelahiran yang sempurna.

“Saya benar-benar tersentuh dengan anda. Saya kagum dengan sokongan anda.

“Jika saya dapat membantu seseorang ibu mengharungi situasi yang sama, situasi kesukaran kehamilan, sakit ketika kelahiran, saya juga ingin lakukan perkara yang sama,” katanya.

Rebecca dan Lee sudahpun menjadi ibu bapa kepada 2 anak perempuan, Safiyah, 5, dan Florence, 2, kemudian mengandungkan anak ke-3 pada awal tahun ini.

Wanita ini terpaksa menahan kesakitan ekstrem selama 16 minggu sebelum doktor mengesahkan kepala bayinya lebih kecil daripada yang dijangkakan pada imbasan di minggu ke-20.

Rebecca mengandungkan bayi tersebut selepas dia pulang dari lawatan Florida, lokasi yang disahkan dengan jangkitan Zika. Ia menyebabkan Rebecca terpaksa melalui ujian dan pemeriksaan yang tidak berkesudahan.

Pada masa yang sama, dia mengalami tekanan darah tinggi dan dimasukkan ke hospital kerana masalah penyahhidratan.

Dia juga mengambil suntikan steroid kerana kelewatan pertumbuhan bayi, satu kondisi yang dikenali sebagai halangan pertumbuhan intrauterin.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.