

Memetik laporan AFP, insiden glasier cair di Switzerland menemukan kedua-dua mayat pasangan beku itu, Marcelin dan Francine Dumoulin.
Menurut polis tempatan, mayat itu ditemui pada minggu lepas di glasier Tsanfleuron, di atas resort Les Diablerets, oleh pekerja syarikat ski, Glacier 3000.
Pengarah syarikat tersebut, Bernhard Tschannen dalam satu kenyataan berkata, turut ditemui bersama mayat itu ialah beberapa beg galas, mangkuk logam, botol kaca, dan kasut lelaki serta perempuan, selain sebahagian mayat di bawah ais.
“Kedua-dua mayat wanita dan lelaki itu ditemui berbaring berdekatan dan berpakaian zaman Perang Dunia Ke-2,” katanya.
Marcelin dan Francine hilang pada ketinggian 2,600 meter (8530 kaki) selepas mencari lembu mereka di Alps pada Ogos 1942.
Kesemua 7 anak pasangan itu terus mencari ibu bapa mereka namun tidak berjaya, kini anak bongsu mereka, Marceline sudahpun mencapai usia 79 tahun.
Marceline merancang akan mengebumikan ibu bapanya mengikut budaya dan adat mereka.
“Tenang, itu sahaja yang dapat saya rasakan sekarang, selepas menunggu 75 tahun,” katanya kepada akhbar tempatan.
Ujian DNA dijangka dijalankan dalam masa beberapa hari, kata polis.
Mungkinkah mayat ibu bapa Marceline akan kelihatan lebih muda daripada anak bongsunya?