
Bagi mereka yang mahu selitkan citarasa Inggeris dalam hidangan kuih-muih raya, mereka boleh dapatkannya daripada White Brick Oven di sini.Perniagaan membuat roti dan pastri ini menawarkan juadah seperti scones, croissants, tart dan pain au chocolat. Ia juga menawarkan roti-roti khas seperti Bratislava rye, Hungarian rye dan Miche sourdough loaves.
Pemilik perniagaan ini ialah Mustafa Abdullah @ Martin Prior serta isteri Mardia Nasir. Pasangan ini menjalankan perniagaan dari rumah mereka di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.
Mustafa tiba di negara ini dari Selatan England kira-kira 18 tahun lepas. Beliau tidak mempunyai latihan formal dalam membuat roti dan pastri, cuma beliau pernah belajar cara membuatnya daripada si nenek sejak berusia 5 tahun.
Mustafa dan isteri pernah memiliki kedai roti dan pastri tetapi selepas kedai mereka dirompak mereka mengambil keputusan untuk hanya membuat roti dan pastri di rumah sahaja atas nama Kafe White Brick Oven Artisan Bakery.
Istimewanya, di White Brick Oven Artisan Bakery ini, Mustafa hanya menggunakan tepung organik dan mengisar sendiri tepung organik menggunakan kaedah tradisional. Beliau juga menghasilkan “levain’ (yis yang digunakan untuk membuat roti dan pastri. Ini membantu menjaga kualiti dan mengekalkan nutrisi yang terkandung dalam tepung organik.
Mereka menawarkan 10 jenis pastri dan lebih daripada 5 jenis roti. Harga bermula dari serendah RM3.00. Roti dan kek boleh ditempah online di [email protected] atau dengan membuat panggilan di talian 018-350 3068. Mereka yang mahu membuat tempahan sempena Hari Raya ini boleh melakukannya sehingga Khamis ini (22 Jun).
Roti serta pastri yang sama turut diedarkan di kedai Aroma Gourmet di Sea Park, Petaling Jaya ataupun di Madinah Cafe di Ampang. Mustafa hanya membuka kafenya pada hari Ahad sahaja dari awal pagi hingga ke petang kecuali pada bulan Ramadan.