

Dalam satu kejadian pada minggu lepas, Brandon Vezmar, 37 dan teman wanitanyasepatutnya meluangkan masa bersama menonton filem Guardians of the Galaxy Vol 2 di Austin, Texas.
Namun ia tidak menjadi kerana teman wanitanya terlalu asyik menggunakan telefon bimbit sehingga merosakkan temujanji menonton wayang.
Kemudian wanita itu terpaksa berdepan dengan saman ganti rugi daripada teman lelakinya, Brandon Vezmar, 37 selepas merosakkan temujanji menonton wayang kerana
Walaupun tuntutan saman itu hanya melibatkan ganti rugi harga tiket wayang dan makanan berjumlah AS$17 (RM73), perkara itu menjadi buah mulut netizen yang menganggap langkah itu sebagai satu pengajaran kepada mereka yang tidak tahu menghormati ‘date’ atau teman kita.
“Tidak sampai 15 minit tayangan bermula, dia menghidupkan telefon dan mula menghantar pesanan teks.
“Saya menyuruhnya menggunakan telefon bimbit di luar pawagam namun dia tetap berdegil. Kemudia dia terus keluar meninggalkan pawagam dan saya tidak mempunyai kenderaan untuk pulang,” katanya .
Menurut laporan Dalily Mail, Vezmar dalam tuntutannya menyatakan wanita itu menggunakan telefonnya sebanyak 10 hingga 20 kali dalam masa 15 minit untuk membaca dan menghantar pesanan dan tidak mempedulikan permintaannya supaya berhenti.
Malah dia juga menyatakan perbuatan itu melanggar polisi panggung wayang dan merosakkan keseronokan menonton.
Apa pula reaksi wanita itu agakya?
Wanita berkenaan ternyata terkejut dengan saman tuntutan Vezmar dan akui hanya mendapat tahu apabila dihubungi media.
“Ia tidak masuk akal. Saya berbual dengan rakan yang bergaduh dengan teman lelakinya. Saya pegang telefon di bawah dan ia tidak berbunyi, saya tidak mengganggu sesiapa.
“Selepas itu dia meminta saya membayar kembali harga tiket dan piza. Saya takkan bayar kerana dia yang ajak saya keluar,” katanya.