Tempat awam jadi ‘port’ minum arak dan berkelakuan sumbang

Tempat awam jadi ‘port’ minum arak dan berkelakuan sumbang

Kita bimbang perbuatan itu menarik perhatian kanak-kanak mahupun remaja, jangankan yang muda, yang tua pun boleh terpengaruh

arak
fmt-ohsem-inside-article1“Tengok lelaki tu selamba minum arak, depan sekolah pula tu,” kata suami saya menuding jari ke arah 2 lelaki yang sedang menikmati “Happy Hour” mereka.

“Isshh…. memang tak ada otak. Minum kat padang permainan, depan sekolah pula tu….,” respon saya sambil menarik tangan anak berjalan ke arah pintu pagar sekolah untuk kelas tambahan.

Betul-betul di depan tempat parkir kereta pula ada 2 botol kaca berwarna hijau bertulis jenama minuman alkohol yang bermula dengan huruf “C”.

Saya mahu abaikannya, tetapi tidak boleh. Saya mula merungut dan mengadu, tetapi kepada siapa?

Pihak berkuasa? Pihak sekolah? Kedua-dua lelaki itu? Masyarakat? Rukun Tetangga? Akhirnya saya kembali kepada suami dan hari ini kepada pembaca.

Di padang permainan yang terletak betul-betul di depan pintu masuk sekolah, perkara ini dilihat semakin menjadi-jadi terutama pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad.

Lelaki muda dan tua selamba berbaring di pondok dekat padang permainan sambil memegang botol hijau, manakala yang muda pula duduk di atas bangku dekat trek lari memegang tin hijau.

Kalau nak minum, itu hak anda tetapi pilihlah tempat yang sesuai, bukan di taman permainan awam lebih-lebih lagi di hadapan sekolah.

Perkara itu tentu memberi kesan kepada pelajar, takkan nak tunggu sampai pelajar “join” sekali.

Kejadian itu sememangnya menganggu saya selaku ibu tetapi nak buat macam mana, saya tak berani “sound” mereka, silap hari bukan botol kaca itu terbang kat kepala saya!

Tak habis dengan itu, saya dan suami berdepan satu lagi insiden yang berlaku di perhentian bas dekat rumah apabila ia dijadikan “port” berkelakuan sumbang.

Sambil pandu melalui 2 orang “love birds” yang lupa dunia, saya dan suami geleng kepala saja.

“Ni satu lagi, nak romen carilah tempat lain… kalau belum kahwin, kena tahanlah. Bagi tahu orang tua kahwin cepat-cepat,” kata suami.

Kebimbangannya ialah jika perbuatan itu menarik perhatian kanak-kanak mahupun remaja yang masih mentah. Jangankan yang muda, yang tua pun boleh terpengaruh.

Ada lagi….

Ketika melalui jalan raya dekat Bukit Jalil di bawah jambatan bertiang yang disembur dengan iklan urut berserta nombor untuk dihubungi.

Jangan tanyalah urut apa, saya pun tak faham dengan bahasanya, tetapi naluri saya boleh kesan ada sesuatu yang tak kena. Tetapi seperti biasa, saya hanya geleng kepala. Entahlah, mungkin iklan itu sudah dibersihkan tetapi saya pasti mengapa ia masih berleluasa.

Jadi bayangkan kesannya kepada golongan yang sama, kanak-kanak, remaja malah siapa sahaja yang mudah terpengaruh dengan benda mengarut ini.

Masyarakat kita diajar dengan ilmu agama dan moral ketika di sekolah mahupun di rumah, namun ada segelintir yang masih jahil dan tidak beretika dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hadapan khalayak.

Sehingga diri mereka dirakam pun buat tiada perasaan malu atau harga diri!

Apatah lagi dilakukan di tempat awam seperti hadapan sekolah, padang permainan, pusat beli-belah, dan lokasi awam yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.