Sukar berjalan, rupanya ada tumor 33kg dalam perut

Sukar berjalan, rupanya ada tumor 33kg dalam perut

Wanita itu mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sukar bernafas kerana kedudukan tumor yang begitu besar di bahagian abdomennya.

tumor-1
Seorang wanita dari Mexico pelik dengan kenaikan berat badannya yang mendadak walaupun sedang berdiet.

Namun, kenaikan berat yang hanya di kawasan perut membuatkan dia sangsi dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Keputusannya mengejutkan. Dia bukan gemuk tetapi punca perutnya membesar ialah kerana ada tumor ovari yang sudah merangkumi lebih 95% daripada abdomennya.

Tumor dengan berat 10 bayi baru lahir itu akhirnya berjaya dibedah dan dikeluarkan.

“Kerana kedudukan tumor yang begitu besar di bahagian abdomen, wanita itu mengalami pelbagai masalah kesihatan antaranya kesukaran bernafas, makan dan berjalan,” menurut laporan Daily Mail.

Dr Erik Hanson Viana dari Hospital Besar Mexico berkata ia tumor ovari terbesar yang pernah dibedahnya.

Tumor itu berukuran setengah meter diameter dan 157cm panjang lilit.

“Kami terpaksa mengeluarkan tumor itu sepenuhnya kerana takut ia bertoksik,” katanya..

tumor-2

Tumor terbesar yang pernah dikesan sebelum ini seberat 145kg pada 1902.

“Saya tidak dapat membayangkan betapa besarnya tumor itu,” katanya.

Menurutnya, pesakitnya itu pada mulanya berbadan besar dan gemuk.

Selepas mengamalkan diet sihat, badannya mengecil tetapi saiz perut tetap membesar.

“Dia hanya boleh berjalan beberapa langkah dan terus menghadapi masalah sesak nafas kerana tumor menekan bahagian peparunya,” kata Hanson.

Apa pun, semuanya sudah kembali normal bagi wanita ini.

“Dua hari selepas dibedah, wanita ini berjalan keluar dari hospital. Sebelum ini dia menanggung beban (tumor) seberat 33kg di dalam perut.

“Selepas 6 bulan, kini dia sempurna dan semua luka pembedahannya sembuh. Dia berdiri lurus dan berjalan seperti biasa. Perutnya kini kempis,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.