

Dengar cerita Fattah meluaskan bidang kerjayanya dengan menerbitkan sebuah buku yang mana menurut netizen penuh dengan “status” peribadi dan sudah pasti, gambar swafotonya.
Mungkin ia koleksi yang sesuai bagi para peminat Fattah, apabila semua gambar selfie dimuatkan dalam bentuk “hardcopy”, tetapi bukan semua orang selesa dengan buku berharga RM58 sebuah itu.
Netizen mengecam Fattah dengan melabelkan buku bertajuk, “99 Kata-Kata Fattah Amin – Qalif Moden” sebagai tidak bermakna.
Tidak bermakna? Tetapi bukankah Fattah dalam satu temuramah menyatakan buku itu diterbitkan untuk memberi inspirasi?
Entahlah…
Antara persoalan yang ditimbulkan ialah berkenaan timbunan selfie yang tiada kena-mengena dengan tujuan pembikinan buku.
Ada yang mempersoal harganya yang jauh lebih mahal daripada buku ilmiah.
Ada juga yang mahu tahu kehebatan buku itu kerana ia sekadar serangkap ayat berbanding novel atau buku pendidikan lain yang beribu atau berpuluh ribu patah perkataan.
Apapun, Fattah mempunyai pendiriannya sendiri mengenai buku itu.
“Mereka hanya membaca tanpa berfikir maksud tersirat. Setiap kata-kata dalam buku itu berkaitan dengan kehidupan saya yang asalnya bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, from zero to hero.
“Selain itu, saya juga mahu memberi inspirasi terutama kepada adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya dalam hidup,” jelas Fattah kepada sebuah portal berita berhubung kecaman yang diterima.
Mempertahankan lagi elemen inspirasi, Fattah memetik satu rangkap yang dipercayai agak popular di laman sosial berkenaan buku itu, ungkapan mengenai KLCC.
“Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC, nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa… kelakar, kan?” petik tulisan dalam buku itu.
Hmm… kita semua ada status berbentuk falsafah yang mungkin boleh menjadi sumber inspirasi… Bolehlah buat buku, tetapi dengan syarat, kalau bukan artis, tak payah letak selfie banyak-banyak, orang tak enjoy tengok muka kita.
Antara status mengecam Fattah di Twitter:
BILTAP™ @nabilmantap97
“dear fattah amin..u already have a gym and damn cafe..plus you’re a celebrity..if nk bwad buku utk cari rezeki lebih just make a good book la.”
@HaneeAsmunii
“Not a fans of fattah amin, but the way sharnaaz tweets seriously no manners. U’re public figure, if u’ve nothing good to say, remain silent.”
usop @TheUsopIbrahim
“Kalau pokok tau dia ditebang untuk buat buku fattah amin, menangis dia.”
Namun ada yang memihak kepada Fattah menyatakan pilihan membeli buku itu tertakluk kepada pengguna, jadi tidak perlu timbul soal mengecam.