Captain America angkat sumpah?

Captain America angkat sumpah?

Peguam bantuan guaman yang baru berusia 32 tahun itu mahu membuktikan betapa dia serius mengenai watak super heronya.

56615ba0-81a4-46a7-9732-e3bf8fe65d8b
fmt-ohsem-inside-article1Kreatif sungguh muda-mudi sekarang, walaupun sewaktu mengangkat sumpah kerajaan.

Di bandar San Jose, California, Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Lan Diep mengangkat sumpah ahli majlis perbandaran sambil memegang perisai Captain America.

Mungkin memasang hajat nak jadi Captain Amerika kot…

“Saya mahu menggunakan peluang ini untuk menunjukkan keinginan dan patriotisme saya,” kata Lan Diep.

Dalam laporan New York Daily, Lan Deip dipercayai menggayakan replika perisai besi Captain Amerika edisi terhad saiz sebenar.

Peguam bantuan guaman yang baru berusia 32 tahun itu mahu membuktikan betapa dia serius mengenai watak super heronya, petik laporan itu lagi.

“Saya bercita-cita besar untuk menegakkan keadilan dan demokrasi, sama seperti super hero yang saya kagumi, sepanjang tempoh saya nanti,” kata Lan Diep kepada The Huffington Post.

“Sebenarnya, saya mahu gunakan peluang ini untuk menunjukkan kepada semua orang perisai hebat milik saya,” tambah lelaki yang merupakan anak kepada pelarian dari Vietnam.

Diep percaya kerajaan boleh jadi menyeronokkan.

“Saya bersedia untuk bersua dengan sesiapa pun jika mereka sanggup duduk bersama dan membincangkan dasar kerajaan,” ujarnya.

Captain America adiwira Amerika Syarikat di bawah label Marvel Comics. Filem Captain America diterbitkan Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.

Captain America memiliki kemampuan manusia tahap tertinggi, terlatih dalam teknik dan strategi tempur, dan tidak akan bertolak ansur dalam soal prinsip walaupun dengan adiwira yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.