Bila anak kecil saya minta ‘lipstick’ dan ‘blusher’

Bila anak kecil saya minta ‘lipstick’ dan ‘blusher’

Ketika membeli gincu pertama pada usia 17 tahun, ibu saya terkejut kerana berasa terlalu muda tetapi cucunya berusia 9 tahun sudah ada set alat solek sendiri.

kids-mekap
fmt-ohsem-inside-article1“Mak, boleh tak saya bersolek untuk majlis hari jadi kawan Sabtu ini? Kawan yang lain pun sama,” itu soalan anak saya yang baru berusia 9 tahun menunjukkan pipi dan bibirnya.

Menarik nafas panjang, saya cuba rapatkan diri dengannya.

“Kenapa perlu bersolek? Kulit awak dah cukup bersih, licin dan cantik. Mata awak besar, bersinar, bibir pun merah dan lembut. Mungkin mak pakaikan ‘kajal’ (penggaris mata hitam). Cukuplah tu,” jawab saya.

Dalam otak masih memikirkan permintaan anak dan bagaimana ia menjadi topik perbualan dalam kalangan rakan seusianya.

Sambil mencebik bibir, anak saya seolah tidak berpuas hati. Saya tahu kerana walaupun usianya sangat muda, dia juga tidak terpinggir daripada dipengaruhi rakan atau “peer pressure”.

Ketika saya mula-mula membeli gincu, pada usia 17 tahun, ibu saya juga memberi reaksi yang sama. Katanya terlalu muda untuk bersolek.

Bagaimanapun, reaksinya berbeza terhadap anak saya, ibu seperti suka pula. Mungkin kerana beliau seorang nenek dan sudah berubah mengikut peredaran masa.

Namun, usia ini sangat muda dan sebagai seorang ibu, saya perlu memastikan anak faham, “not this early”.

“Mak, ‘at least lipstick, please’. Itu pun ‘lipstick’ yang ‘atte’ (makcik dalam bahasa India) belikan untuk saya dari Australia, ‘pink colour’,” dia memujuk rayu sekali lagi.

Saya tahu, ia bukan salahnya. Kita sudah memanjakan dan menghias anak secara berlebihan apabila menghadiri acara keramaian, majlis perkahwinan, konsert di sekolah dan sebagainya.

Saya angguk tersenyum. “Baiklah, okay,” dan anak saya pun beredar gembira.

Pagi ini ketika melayari Internet mencari artikel berkaitan baik buruknya bersolek di usia muda, saya terkejut.

Begitu banyaknya video tutorial dan tips solekan untuk kanak-kanak. Mak oi, ada tutorial yang dikendalikan kanak-kanak semuda 4 tahun!

Ada solekan pentas, “run-way”, majlis, kasual, tarian, kamera, sempurna semulajadi, comel…”oh my god”, senarai itu berterusan!

Budak lelaki pun tidak ketinggalan dalam hal ini. Tips solekan untuk kanak-kanak (dan dewasa) lelaki juga berlambak.

Banyak artikel bersolek untuk kanak-kanak yang positif berbanding negatif ditemui.

Ia memberi panduan penggunaan berus secara bersih, pelbagai kaedah dan kesukaan kanak-kanak

Malah, dalam 2 artikel berbeza turut mengaitkan elemen keyakinan secara baik dan buruk.

Satu artikel mengecam solekan di kalangan kanak-kanak boleh mengurangkan keyakinan terhadap diri sendiri manakala ada artikel yang menggambarkan ia sebagai pencetus keyakinan.

Jadi, salahkah anak saya bersolek? Salahkah dia jika dipengaruhi rakan dan keluarga? Salahkah jika saya menghalangnya?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.