Lumur Nutella di rambut kini trend terbaru

Lumur Nutella di rambut kini trend terbaru

Pendandan rambut dari Dubai mendapati sapuan coklat itu boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan menjadikan rambut sihat, gelap bersinar.

nutella-hair.
fmt-ohsem-inside-article1Menggunakan bahan di dapur untuk membuat rawatan kecantikan kulit dan rambut secara DIY adalah perkara biasa.

Lemon, serbuk penaik, madu, kopi, gula, dadih, tepung susu dan terbaru – Nutella kini termasuk dalam senarai itu!

Seorang pendandan rambut dari Dubai mendapati sapuan Nutella bukan saja dihadkan sebagai bahan makanan malah turut berguna dalam kaedah mewarnakan rambut, sekali gus menjadikan mahkota wanita sihat, gelap dan bersinar.

Ini kerana kandungan coklat dan kacang hazel memberi kesan baik kepada rambut selari dengan fahaman coklat sebagai antara agen utama dalam industri kecantikan.

Pendandan rambut itu mencipta kaedah tersebut dengan melumurkan rambut pelanggannya menggunakan Nutella serta krim susu bagi mewarnakan rambut.

Aksi itu dirakam seorang wanita, Huda Kattan yang kemudian dimuat naik ke laman sosial miliknya dan menjadi viral di dunia kecantikan.

Rambut pelanggan diletakkan krim susu dicampurkan Nutella dan dibalut dengan kertas aluminium untuk beberapa minit. Proses itu bagi membolehkan krim menyerap ke dalam kutikel rambut.

Selepas itu kertas aluminium ditanggalkan dan rambut wanita berkenaan dicuci seperti biasa. Rambut yang dikeringkan kelihatan lebih gelap dan bersinar.

Coklat dipercayai mampu meningkatkan peredaran darah apabila diletakkan pada kulit kepala dan membantu pertumbuhan rambut.

https://www.instagram.com/p/BNz5OAOgOb2/?taken-by=abedallahitani

 

https://www.instagram.com/p/BODdjpMAqiO/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.