Salin 20 baju dalam seminit masuk rekod dunia

Salin 20 baju dalam seminit masuk rekod dunia

Pasangan Min Chek Loo dan Mark Yong Chuan Aun dikenali "Vivas Magic" sebelum ini pernah mencipta rekod pertama pada September dengan menukar 16 baju.

world-record
Dua orang, seorang lelaki dan seorang wanita, 20 pakaian untuk ditukar dalam masa seminit. Berbunyi pelik?

Dua ahli silap mata dari Malaysia berhempas pulas untuk membuktikan bakat dalam Guinness World Records (GWR) menerusi helah ilusi menukar pakaian yang paling banyak dalam masa seminit.

Laman Guiness World Records (GWR) menyatakan, pasangan Min Chek Loo dan Mark Yong Chuan Aun dikenali “Vivas Magic” pernah mencipta rekod pertama pada September dengan menukar 16 pakaian.

Bagaimanapun dalam hanya seminggu, pasangan Avery Chin dan Sylvia Lim juga dari Malaysia memperbaharui rekod tersebut dengan 18 penukaran pakaian.

Kini, Vivas Magic kembali untuk menuntut semula rekod mereka.

Pasangan itu menukar 20 helai pakaian dalam masa seminit, satu helah ilusi yang diakui menakjubkan.

GWR mengenakan peraturan ketat di mana pasangan ini mesti mempamerkan pakaian yang berbeza dalam setiap pendedahan, baju mesti dipakai tetapi bukti pakaian terdahulu tidak diperlukan.

Percubaan penuh magika yang berlangsung di The Brandlaureate Awards 2015-16 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur di hadapan penonton lebih 1,000 orang membuktikan kemahiran kedua-dua mereka yang melakukan helah itu secara lancar dan sempurna.

Pengesahan helah itu dijangka disenaraikan oleh pihak GWR dalam laman guinnessworldrecords.com dalam masa terdekat.

Sebelum ini, video Facebook pasangan yang menukar pakaian paling banyak telah diviralkan dengan lebih 20 juta tontonan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.