Rezeki ayam goreng RM1

Rezeki ayam goreng RM1

Bersaiz sedikit kecil daripada ayam biasa, tetapi berbaloi, ayam RM1 dijual pemilik gerai Qifa Ayam Goreng Singgit laris dijual di beberapa lokasi di Shah Alam.

Gambar Ihsan: FB Qifa Ayam Goreng Singgit
Gambar Ihsan: FB Qifa Ayam Goreng Singgit
fmt-ohsem-inside-article1Berapa harga ayam goreng di tempat anda?

Seketul ayam goreng bersaiz standard di restoran sekitar Lembah Klang di jual pada harga RM2.50 hinggalah RM5. Tidak mustahil juga jika ia dijual lebih dari itu. Maklumlah harga bahan mentah dan bahan api sudah naik, harga makanan pun ikut sama.

Namun, berbeza dengan lelaki muda bernama Afiz Mohd Rasul, 27, yang mengaku mampu memperoleh untung lebih 50% walaupun menjual ayam gorengnya pada harga hanya RM1 seketul.

Ya, benar hanya RM1 seketul.

Bersaiz sedikit kecil daripada biasa, tetapi berbaloi, ayam RM1 oleh pemilik gerai Qifa Ayam Goreng Singgit laris dijual di beberapa lokasi di Shah Alam.

“Bukan sekadar di Shah Alam, Qifa Ayam Goreng Singgit ini dijual di 15 cawangan (11 gerai di Shah Alam) dan selebihnya di Puchong dan Ara Damansara. Jika ada peluang kami akan terus berkembang,” kata Afiq kepada FMT Ohsem.

Gambar Ihsan: FB Qifa Ayam Goreng Singgit
Gambar Ihsan: FB Qifa Ayam Goreng Singgit

Afiq sebelum ini terlibat dalam beberapa bisnes makanan termasuk menjual burger, kuetiau goreng dan lain-lain. Terdetiknya niat menjual ayam goreng murah tetapi dijamin sedap selepas tepung ‘resepi rahsianya’ mendapat permintaan ramai.

“Saya mula-mula kenalkan tepung ayam goreng sehingga mendapat sambutan luar biasa termasuk daripada pengusaha makanan restoran mamak. Kemudian baru saya fikir untuk membuka sendiri perniagaan menjual ayam goreng berkonsep gerai pada harga RM1,” jelasnya.

Katanya, hasrat menetapkan harga murah pula timbul selepas mempertimbangkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat di samping niatnya untuk bersedekah sambil berniaga.

Niat murni Afiq ini nampaknya berhasil apabila dia berjaya menjual kira-kira 400-500 ekor ayam sehari di semua gerainya.

Ketika ditemui di gerai Qifa Ayam Goreng Singgit di Seksyen 19 Shah Alam, Afiq berkata di lokasi itu sahaja dia menjual 70 ekor ayam.

Gambar Ihsan: FB Qifa Ayam Goreng Singgit
Gambar Ihsan: FB Qifa Ayam Goreng Singgit

“Seekor ayam akan dipotong 25 bahagaian. Seekor dijual RM1, maka kami masih dapat untung,” jelasnya.

“Biasanya pembeli selesa keluarkan wang RM1, RM5, RM10, not satu keping. Kalau ada sen, mereka pun malas nak cari. Kami pun remeh. Bila jual RM1, orang tak beli seketul, mereka biasanya beli dalam 5, 10 atau lebih,” katanya berkongsi strategi niaga.

Seorang pembeli, Mesron Ker, 51 yang baru sahaja membeli 10 ketul ayam goreng berkata kerap membeli ayam goreng itu kerana rasanya sedap dan harganya murah.

“Saya suka bila panas, rasanya lebih sedap. Saya cari di Seksyen 17, tapi tak ada jadi saya cari ke sini,” katanya.

Ditanya bagaimana Afiq menguruskan semua gerainya, dia berkata beberap gerai difrancais kepada peniaga lain.

“Saya tidak usahakan semua gerai, banyak yang difrancais. Kepada mereka yang berminat berniaga tetapi tiada modal, saya bantu melalui pembahagian komisen.

“Bagi mereka yang ada modal pula, mereka hanya perlu beli bekalan ayam dan tepung dari kami,” jelasnya.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.