Pilih warna rambut yang sesuai dengan imej

Pilih warna rambut yang sesuai dengan imej

Kalau dulu mewarna atau highlight rambut menggunakan warna-warna 'common and safe', hari ini remaja dan orang muda lebih berani mencuba warna yang 'daring dan pelbagai'.

Free Malaysia Today
credit to Pillay’s Hair Studio
fmt-ohsem-inside-article1Mewarna rambut bukan lagi sekadar menutup uban. Ia menjadi fesyen yang semakin digilai. Menariknya, trend ini berkembang ke dalam pelbagai fasa sehinggalah ke hari ini. Kita tidak hanya menggunakan satu warna tetapi beberapa tona untuk memberi efek yang lebih ketara.

Ada yang memilih 7 warna pelangi, ada yang lebih atau pun bercorak. Mungkin ia pengaruh daripada perkongsian fesyen laman sosial yang membangkitkan minat dan rasa ingin cuba.

FMT Ohsem mendekati seorang pendandan rambut, Pillay Asbalan yang mengakui trend mewarna rambut kembali aktif selepas melalui satu fasa yang suram.

Kalau dulu mewarna atau highlight rambut menggunakan warna-warna ‘common dan safe’, hari ini remaja dan orang muda lebih berani mencuba warna yang “daring dan pelbagai”.

“Mungkin kerana kaedah mewarna rambut juga lebih inovasi justeru ia dilihat mampu memberi kelainan kepada imej. Namun realitinya, bukan semua orang yang berani atau mampu mahupun boleh menjaganya,” kata lelaki yang sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia kecantikan.

credit to Pillay's Hair Studio
credit to Pillay’s Hair Studio

Mengenai perkara paling asas yang perlu diambil kira sebelum mewarna rambut, Pillay berkata ia bergantung kepada individu tersebut.

“Syaratnya ialah sama ada mereka sedia menerima imej yang akan dipamerkan kelak serta kesanggupan menjaga rambut selepas memilih warna tertentu,” katanya.

Pillay berkata sebelum seseorang itu mengambil keputusan mewarna atau highlight, satu soalan perlu dipertimbangkan, “Adakah mereka rajin menjaga dan menguruskan rambut dengan memberi segala perawatan yang diperlukan atau tidak.

“Jika ya, tiada masalah. Tetapi jika sebaliknya, maka saya akan menasihatkan supaya memilih warna daripada tona gelap yang hanya ketara di bawah cahaya matahari. Ini kerana warna gelap seperti itu tidak membuatkan rambut kering dan lebih mudah dijaga. Berbeza dengan warna terang yang perlukan penjagaan,” katanya.

Menurut Pillay, warna terang memerlukan pendandan untuk memutihkan rambut terlebih dahulu menggunakan bleaching sebelum mengaplikasi warna. Oleh itu risiko rambut kering tinggi dan ia harus dijaga supaya tidak mudah rosak.

“Sama juga dengan kaedah highlight,” ujar Pillay yang memiliki Pillay’s Hair Studio di Ara Damansara.

“Ada lagi lagi elemen yang saya nasihat khususnya kepada pelanggan berkulit gelap, kerana saya tidak mahu mereka tampil dengan imej yang sangat kontras atau tidak mengena.” Justeru Pillay menasihati agar pelanggan peka kepada warna kulit sebelum memilih sesuatu warna untuk rambut.

“Saya sendiri apabila mewarna rambut ada tona yang membuatkan saya kelihatan cerah, ada yang buat saya gelap, ada pula yang memucatkan keterampilan dan ada yang membuatkan seluruh imej berubah. Jadi ia bukan satu keputusan yang mudah, lebih-lebih lagi jika warna kulit kita gelap atau sederhana kepada gelap. Oleh kerana keputusan mewarna rambut dibuat demi imej, biarlah ia sesuatu yang berpadanan dan bukan sekadar mengikut fesyen secara membuta tuli,” jelasnya.

Ditanya kepada kos mewarna dan highlight dalam pasaran semasa, Pillay akui ia sekitar RM220 tertakluk kepada ketebalan dan panjang rambut.

Dalam pada itu, dia juga menekankan fesyen 2017 kini sedang beralih angin kepada warna yang unik seperti kelabu dan emas.

“Bukan lagi pelangi kerana ramai yang hadapi kesukaran menjaga. Namun masih ada permintaan. Tetapi ikut trend antarabangsa, saya sedang bersedia dengan rona kelabu dan emas yang lebih berkilauan,” ujarnya memberi panduan warna dalam trending pada tahun akan datang.

credit to Pillay's Hair Studio
credit to Pillay’s Hair Studio

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.