
Tertuduh, Asrizal Hisham Khalid, 43, yang juga seorang peniaga membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, menurut Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memandu Volkswagen GTI secara berbahaya di Jalan Losong Feri sehingga menyebabkan kematian Wah Han Keong, 18, pada jam 3.36 petang, 19 Mei lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.
Majistret turut menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Timbalan Pendakwa Raya Ameena Azzuhriyyah Ahmad mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Pada 19 Mei lalu, media melaporkan remaja lelaki maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya dipercayai putus selepas van dinaikinya terbabit dalam kemalangan itu.