
PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus dalam kejadian di Hulu Selangor hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira 1.40 tengah hari.
Sehubungan itu, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian di Sungai Nilam, Sungai Selisek.
“Sebaik tiba, anggota melaporkan mangsa dipercayai lemas dibawa arus sungai.
“Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.