Asyraf ulangi gesaan sertai ‘Rumah Bangsa’ untuk bina negara bersama

Asyraf ulangi gesaan sertai ‘Rumah Bangsa’ untuk bina negara bersama

Setiausaha Agung Umno itu tidak tuju khusus gesaan itu kepada mana-mana parti tetapi dibuat ketika Presiden PAS Hadi Awang menyatakan partinya sedang menilai kerjasama dengan Bersatu.

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki berkata gagasan ‘Rumah Bangsa’ oleh Umno itu menjadi asas kerjasama politik demi agenda penyatuan ummah dan pembangunan negara.
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengulangi gagasan ‘Rumah Bangsa’ sebagai asas kerjasama politik demi agenda penyatuan ummah dan pembangunan negara.

“Kembalilah ke Rumah Bangsa, kita bina negara bersama,” katanya dalam catatan di Facebook yang tidak menujukan gesaan itu kepada mana-mana parti.

Namun Kenyataan itu dibuat selepas Presiden PAS Hadi Awang membayangkan parti berkenaan sedang mengkaji dan menilai semula hubungan politiknya dengan Bersatu, sekutu utama dalam Perikatan Nasional (PN).

Hadi berkata PAS meneliti beberapa perkembangan membabitkan Bersatu, termasuk tindakan Adun Bersatu di Negeri Sembilan menyokong Umno bagi membentuk kerajaan negeri, isu peralihan kuasa di Perlis, serta dakwaan campur tangan dalam pelantikan exco di Kedah dan timbalan speaker di Kelantan.

Beliau turut memberi amaran bahawa kesabaran PAS “ada batas” susulan beberapa tindakan yang didakwa tidak selari dengan semangat setia kawan dalam gabungan itu.

Bagaimanapun, Hadi menegaskan tiada kerjasama dengan Umno selagi parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu kekal bersama DAP dalam kerajaan perpaduan.

“Tak timbul (isu kerjasama). Tak ada kerjasama dengan Umno kalau Umno bergabung dengan DAP,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.