
Menurut pengumuman di Bursa Malaysia, Padini berkata akaun-akaun bank yang dibekukan itu milik syarikat dan anak syarikat, tetapi tidak digunakan secara aktif dalam operasi harian.
“Kami masih ada akses kepada kemudahan perbankan lain untuk menyokong operasi perniagaan yang sedang beroperasi,” kata Padini. Pembekuan akaun tersebut dijangka tidak akan memberi kesan kewangan dan operasi yang material kepadanya.
“Pihak syarikat sedang mengambil langkah yang perlu untuk berurusan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan.
Padini menambah siasatan itu dijalankan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.