Bapa 3 anak didenda RM3,500 cabul adik ipar

Bapa 3 anak didenda RM3,500 cabul adik ipar

Tertuduh mengaku bersalah mencabul kehormatan adik iparnya pada 12 Feb lalu.

gavel
Mahkamah Majistret Yong Peng turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Mahkamah Majistret Yong Peng mendenda seorang penjual pisang goreng RM3,500 selepas mengaku bersalah mencabul adik iparnya Februari lalu.

Harian Metro melaporkan Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusia 31 tahun berkenaan selepas mengambil kira pengakuan, rayuan dan fakta kes, selain hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mencabul kehormatan adik iparnya berusia 27 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat pada 2 pagi 12 Feb lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis mendakwa dicabul kehormatan ketika sedang tidur di rumah kakaknya, yang juga isteri tertuduh.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan tertuduh bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.